ASAL USUL HADROH

Permainan hadrah pada masa dahulu dikenali dengan nama panggilan Noge. Walaubagaimana pun, dalam tahun 1960an, permainan ini dikenali sebagai Hadrah. Buat masa ini, mula terkenal dengan nama panggilan Anika Bangsawan Hadrah. Mengikut keterangannya, perkataan Hadrah diberi sempena dengan nama Puteri Zahrah, seorang lelaki tetapi disebabkan segak dan tampan, dia telah dipakaikan dengan pakaian perempuan.

Tarian Hadrah amat popular pada tahun 1950an dan 1960an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'.

Permainan atau persembahan Hadrah ini boleh digolongkan dalam muzik paluan, iaitu muzik yang hanya menggunakan alat-alat gendang dan gong untuk mengiringi nyanyian dan tarian. Terdapat perbezaan persembahan Hadrah di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Perbezaan ini bukan sahaja dapat dilihat dari segi sari kata lagu, corak tarian serta aspek persembahan tetapi yang lebih nyata adalah dalam aspek penekanan nyanyian dan tarian di dalam setiap persembahan. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sama dengan persembahan teater yang lain seperti Makyong, Menora dan sebagainya dari aspek persembahan.

Jika suatu ketika dahulu, tarian Hadrah ini dikenali sebagai Noge, maka terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya. Dalam tarian Noge, terdapat hanya lagu dan nyanyian di samping menyelitkan lakonan untuk memeriahkan lagi persembahan. Alat muzik yang digunakan adalah alat muzik lama, seperti gendang. Hadrah pula mengutarakan alat muzik yang lebih moden iaitu biola, gitar, drum dan tamborin.

Permainan Hadrah dimain sebagai hiburan di majlis-majlis perkahwinan iaitu di waktu persandingan dilangsungkan. Selain daripada itu, ianya juga dilakukan sebagai melepaskan nazar.

Terdapat banyak cerita mengenai kemunculan permainan Hadrah ini. Menurut sejarahnya, Hadrah ini, berasal dari cerita orang sesat dalam hutan rimba. Ceritanya bermula dengan seorang tua bersama dua belas orang kawannya, pergi memburu. Malang menimpa, seorang daripada mereka telah sesat semasa berjalan di tengah hutan. Pemburu yang malang itupun berjalan seorang diri. Setelah penat mencari jalan keluar, beliau terjumpa dengan sepohon kayu besar. Beliau duduk di atas akar banir pokok kayu tersebut lalu menyanyi sambil memukul banir tersebut dengan hasrat bunyian tersebut dapat didengar oleh kawan-kawannya yang lain. Dengan perbuatan ini, dia dapat bertemu dengan kawan-kawannya kembali.

Sekembalinya di kampung, mereka membuat tiap-tiap seorang sebuah gendang, lalu bermain sambil menyanyi lagu yang dinyanyikan oleh kawannya yang sesat tadi. Inilah sebabnya bahasa yang dinyanyikan dikatakan bahasa orang sesat, yang berbunyi seperti berikut……"Sa………no……ree!…..Hae!……mere". Ini dikatakan bahasa orang sesat yang dikenali bahasa Noge.

Mengikut satu lagi cerita dongeng, terdapat seorang dewa-dewa di kayangan yang mempunyai 7 orang anak. Setelah mendapati mereka membuat salah, mereka telah disumpah oleh ayahnya dan dilempar ke dunia. Mereka dibekalkan dengan sebilah gergaji, sebilah kapak dan tiga keping belulang kulit kambing. Apabila mereka turun ke dunia, mereka sesat di tengah hutan rimba yang kononnya di sebuah Negeri Arab. Semasa berjalan di tengah hutan rimba, mereka terjumpa sebatang kayu berlubang. Dengan kayu ini, mereka telah membuat gendang dan menyanyi lagu "Aya he kamper ".

Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan terutama puisi Arab yang menyanjungi Nabi Muhammad (s.a.w) dan sebagai contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. Pada masa dahulu, di negeri Arab gendang akan dipalu bersama dengan nyanyian untuk menaikkan semangat para tentera yang sedang berperang.



Nama nama anggota hadroh Rebana Nurul Anwar

NAMA NAMA ANGGOTA HADROH REBANA NURUL ANWAR

Drs H.Darus salam ,
Kyai Ach.Jabidi misbah ,Sodikun , Suparnu Mucson ,wandi , sukamang , mulud , zaenal ,maryono ,Dulbasir ,
CAHYO .
pelatih : Tarto dari kedung banteng bocoran ,fauzan dri kedung banteng .

Jumat, 04 Maret 2011

NUMPANG MEJENG


HP BARU

Begini Ru... ini di pencet terus liat tulisan yang diatas , kalau sudah pencet ok terus muncul tulisan galeri dan jika di pencet akan muncul gambar ..nah tuh keliatan foto fahru.
Nah itulah Abi yang sedang memberi pelajaran cara menggunakan hp baru buat fahru.

Tidak ada komentar: